Sunday, December 18, 2011

WAJIB DIMILIKI – IDEA TECH 2012 NANTIKAN LEDAKAN TEKNOLOGI TERBARU YANG BAKAL MENGOCAKKAN ADRENALINA.

Sepanjang tahun 2011, pengikut dunia teknologi telah disajikan dengan deretan persaingan pelbagai jenama telefon pintar, perisian, tablet, perkakasan, kamera, monitor, komputer dan peranti-peranti lain yang sentiasa mengocakkan adrenalina untuk memilikinya sebagai koleksi peribadi. Seakan sudah menjadi trend, perkembangan teknologi memberikan impak yang sangat besar bukan sahaja kepada negara-negara kuasa besar penginovasi teknologi dunia, malah tempiasnya turut dirasai di Malaysia. Dunia benar-benar seakan di hujung jari tanpa batasan sempadan.
Namun, sedarkah anda bahawa ada yang lebih hebat menanti anda pada 2012? Tentunya ia bakal menimbulkan keterujaan pencinta gajet dan teknologi, dengan penambahbaikan spesifikasi, multi-kepenggunaan, serta ciri-ciri yang sentiasa dimodenkan, semestinya ia memudahkan lagi banyak fungsi dalam kehidupan. Jika hendak diikutkan perkembangan ini berlaku dari semasa ke semasa membuatkan kita sentiasa ternanti-nanti apa yang bakal menjelma. Namun dalam isu kali ini, kami bawakan beberapa teknologi dan produk baru yang bakal menemui kita tahun hadapan. Adakah sesuatu yang berbaloi untuk dinantikan? Anda tentukan sendiri.
Wii U
Konsol permainan terbaru daripada Nintendo ini bakal mencetuskan persaingan sengit kepada Sony PlayStation dan Xbox. Khabarnya ia bakal dilancarkan pada awal 2012 dengan menawarkan pelbagai peningkatan hebat. Antaranya pengawal atau controller permainan terbaru yang membenarkan pemain menyambung permainan meskipun apabila televisyen ditutup; pelayar skrin sentuh untuk menambahkan ketepatan kawalan gerakan permainan agar pemain mendapat kepuasan maksimum; dan dilengkapi dengan grafik HD penuh 1080p bagi kepuasan optimum bermain permainan di luar jangkauan minda.
Dari segi spesifikasinya Wii U dilengkapi CPU IBM berasaskan Power Architecture Multi Core 45nm Microprocessor (arkitektur POWER7); GPU AMD Radeon HD; pilihan storan SD dan pemacu keras USB; slot cakera optik 25Gb; HDMI 1.4 out port; AV Multi Port dan video sehingga 1080p. Controller terbaru dibina dengan Accelerometer 3-axis, Gyroscope 3-axis; speker dan mikrofon; kamera hadapan; sensor IR; dua pad iaitu bulat dan D-pad; stilus; butang sync dan Bluetooth.
LG 55-inch OLED TV
Teknologi OLED sangat dinamik apabila ia boleh memancarkan cahaya di antara 0% hingga 100%. Dengan nilai baik ditawarkan oleh pengeluar daripada masa ke masa (hari ini kira-kira 300-500 cd/m2); bantuan warna filem OLED daripada tiga sub-pixel dengan merah, hijau dan biru; dapat mewujudkan semua warna yang berbeza. LG memberi maklumat awal bahawa OLED TV ini akan dipasarkan pertengahan 2012.
Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S3 dijangka dikuasakan dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.8GHz, memori sebanyak 2GB RAM, skrin Super AMOLED HD seluas 4.6-inci, dan dilengkapi dengan kamera 12-megapixel. Selain itu, Galaxy S3 turut dikatakan menyokong NFC ( Near-Field Communication) dan menggunakan Android Ice Cream Sandwich sebagai sistem operasinya. Kesahihannya akan diketahui apabila ia diumumkan pada suku pertama 2012 nanti.

Dapatkan Majalah PC Disember 2011 di pasaran sekarang



No comments:

ZALORA COMMUNITY CONTRIBUTOR BADGE

ash_tsukidate.blogspot.my review

ShoutBox

Powered by Blogger.